Update: Kuih-kuih raya terbaru

Berikut adalah 2 lagi tambahan kuih raya baru untuk tahun ini.

Strawberry Shortbread

Strawberry Shortbread

Biskut Arab

Biskut Arab

For a complete catalog of kuih raya, klik pada Kuih Raya Full Catalog

Seperti tahun lepas, kapasiti kami untuk membuat kuih-kuih raya ini adalah dalam 300-400 botol bagi tiap-tiap satu jenis kuih raya (1 botol = 50 biji, kecuali Kuih Samprit = 40 biji sebotol).

Bagi kuih-kuih Mama Carries, Ginger Oats, dan Coffee Rings yang amat popular tahun lepas, kami masih tak dapat pastikan kapasiti serta harga buat tahun ini. Harap bersabar. Once we have confirmed, kita akan inform serta-merta.

Ramai juga yang bertanya jika kami ada menjual sample set yang boleh dihantar melalui pos. Buat masa ini kami tidak menyediakan sample-sample set ini. Walau bagaimanapun seperti biasa, sample-sample percuma memang ada kami sediakan buat mereka yang datang ke rumah kami.

Bagi mereka yang pernah order kuih-kuih raya dengan kami pada tahun-tahun lepas, sudah semestinya perasan akan kenaikan harga kuih berbanding sebelum ini. Ini kami tidak dapat elakkan kerana kenaikan yang agak mendadak bahan-bahan membuat kuih. We do not compromise on our quality. Jika harga butter jenama yang kami gunakan naik RM3-RM4 sebuku, kami tetap akan menggunakan jenama butter yang sama, walaupun ada butter lain yang jauh lebih murah.

Tapi alhamdulillah, walaupun harga naik, kami bersyukur kerana anda semua (yang pernah membeli daripada kami) masih tetap memesan kuih-kuih raya kami, malah ramai yang juga menambah lagi bilangan botol-botol kuih mereka tahun ini dengan kuih kami. Terima kasih!

Kuih-kuih raya ini adalah kuih-kuih raya yang sememangnya menjadi juadah yang dihidangkan di meja kami semasa Hari Raya buat bertahun-tahun. Sudah sememangnya ia sedap! :)

About these ads

4 Comments

  1. firas said,

    August 24, 2008 at 12:55 pm

    salam, berapa harga² kuih ni? kalo ada senarai harga kan senang

  2. kuihraya said,

    August 24, 2008 at 3:30 pm

    Sila klik pada Kuih Raya Full Catalog. Harga ada di situ. TQ.

  3. Mawar said,

    August 29, 2008 at 10:58 am

    Salam…ada tak kuih makmur?berapa harga?

  4. kuihraya said,

    August 30, 2008 at 5:39 am

    Tahun ini, hanya kuih-kuih yang terdapat dalam kuih raya full catalog sahaja yang dijual. Terima kasih :)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: