Tarikh-tarikh tutup pesanan

Alhamdulillah, pesanan telah mulai masuk daripada anda yang pernah order dari kami sebelum ini dan juga mereka yang baru pertama kali berurusan dengan kami. Terima kasih.

Kami membuat sedikit perubahan pada jadual pesanan, berdasarkan pengalaman kami tahun lepas. Memandangkan ramai di antara anda yang memesan sehingga 2-3 kali (repeat orders) dalam masa 2-3 minggu pada Ramadan lepas, kami telah menetapkan jadual untuk anda hantarkan pesanan anda kepada kami.

Phase 1: 1 September 2008

Phase 2: 7 September 2008

Phase 3: 12 September 2008

Insya-Allah, bagi mereka yang memesan kuih raya sebelum “deadline” Phase 1, kami akan cuba menghantarnya pada minggu kedua puasa. Bagi mereka yang baru pertama kali berurusan dengan kami, inilah tempoh anda untuk merasa kuih-kuih kami. Jika anda ingin menambah pesanan anda, anda masih lagi boleh melakukannya sebelum “deadline” Phase 3.

Selepas 12 September (deadline Phase 3), kami tidak akan menerima sebarang pesanan, kecuali jika kami ada “extra” untuk dijual, tetapi kami tidak berani menjamin.

Kami nasihatkan agar anda yang baru hendak merasa kuih-kuih raya kami ini supaya memesan secepat mungkin supaya ada masih mempunyai masa lagi sekiranya ingin menambah pesanan anda. Pada tahun lepas kami terpaksa menolak ramai yang ingin membuat “repeat orders” terutamanya bagi kuih Denmark Cookies dan Mama Carries kerana masa telah terlalu suntuk. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, terciptalah idea pesanan 3 fasa ini🙂 Order cepat-cepat, nanti boleh order lagi!

Seperti biasa, proses pengedaran kuih raya akan berakhir pada penghujung minggu ke-3 kita berpuasa, insya-Allah.

Kami ada menerima panggilan dari serata Malaysia dan juga Singapura bertanyakan jika kami ada buat penghantaran. Dengan dukacitanya kami terpaksa menolak kerana kami tidak boleh menggunakan pos atau courier service dalam menghantar kuih raya lami kerana kuih2 ini akan hancur. Kami hanya menerima pesanan anda sekiranya anda mempunyai saudara-mara atau rakan yang tinggal berdekatan yang boleh mengambil kuih-kuih ini bagi pihak anda.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ja di 012-3159254.

3 Comments

  1. Aznita Abdul Halim said,

    September 4, 2008 at 7:54 am

    I berminat nak rasa kueh especially kueh denmark dan mama carries tu. i tinggal di ampang. U kat mana yer?

  2. ROSLINA said,

    September 9, 2008 at 5:23 am

    I teringin nak rasa biskut denmark, i tinggal kat genting.. kalau nak order macam mana

  3. Hayatie said,

    September 10, 2008 at 9:49 am

    Kak, nk tanya, mcm mane nkk order kuih nie.. berminat nk belilah.. dh try call kak, tp tk penah dpt….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: