Phase 3 dibuka dengan beberapa syarat; Top 7 Best-sellers

Salam Ramadhan sekali lagi…

Phase 2 telah pun tutup semalam. Alhamdulillah… Phase 3 kini dibuka sehingga tarikh tutup penamat 12 September 2008. Ada beberapa syarat untuk mereka yang meng”order” dalam Phase 3 ini.

Syarat-syaratnya:

1. Kuih-kuih berikut tidak lagi dijual dalam Phase 3: Tart Nenas Gulung, Tart Nenas Gunting, Chocolate Shortbread, Kuih Samprit, dan London Almond.

2. Kuih-kuih berikut hanya akan dibuka untuk pesanan sehingga 10 September sahaja: Mama Carries, Ginger Oats, Coffee Rings.

3. Kuih-kuih lain masih lagi boleh dipesan sehingga 12 September 2008.

4. Kepada mereka yang memesan melalui agen-agen kami, anda masih lagi boleh memesan mengikut syarat2 di atas sehingga tarikh tutup 12 September 2008.

5. Kepada mereka yang memesan terus daripada kami, kami hanya akan melayan pesanan anda jika:

  • Anda sanggup mengambil sendiri kuih-kuih anda nanti daripada tempat kami di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada penghujung minggu ke-3 puasa.
  • Anda membayar secara penuh ke dalam akaun bank kami dalam masa 24 jam selepas membuat pesanan. (Sila hubungi Ja di 012-3159254 for bank acount details)

Berikut adalah senarai ranking kuih-kuih raya yang paling banyak dipesan sehingga tarikh tutup Phase 2 semalam:

Denmark Cookies - Pesanan masih dibuka!

#1: Denmark Cookies - Pesanan masih dibuka!

Mama Carries - Pesanan ditutup 10 September 2008

#2: Mama Carries - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

Ginger Oats - Pesanan ditutup 10 Sept 2008

#3: Ginger Oats - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

Coffee Rings - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

#4: Coffee Rings - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

Kuih Samprit - Pesanan DITUTUP

#5: Kuih Samprit - Pesanan DITUTUP

Strawberry Shortbread - Pesanan masih dibuka!

#6: Strawberry Shortbread - Pesanan masih dibuka!

White Chocolate Van Houten - Pesanan masih dibuka!

#7: White Chocolate Van Houten - Pesanan masih dibuka!

Sila rujuk pada Kuih Raya Full Catalog untuk senarai penuh kuih-kuih raya kami berserta harganya.

Buat masa sekarang, kami sedang sibuk mengagih-agihkan kuih-kuih raya yang dipesan dalam Phase 1 untuk diedar kepada anda yang telah memesannya. InsyaAllah pengedaran kuih-kuih raya Phase 1 akan dimulakan pertengahan minggu ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua!πŸ™‚

8 Comments

  1. little elfie said,

    September 12, 2008 at 6:41 am

    mmg confirm sedap! tak rugi beli .. kak sy dh jd pembeli tetap ni hehehee

  2. Zaity said,

    September 12, 2008 at 7:58 am

    tak sempat lagi ke nak order mama caries..huhuhuh

  3. deja bb said,

    September 19, 2008 at 7:18 am

    ala..saya baru nak order biskut samprit ne tp saya jauh kat sabah..

    bkn xde jual kat cne nak try biskut dr kelana jaya

  4. kuihraya said,

    September 20, 2008 at 4:18 am

    πŸ™‚ Terima kasih.. tapi biskut samprit ni terlalu “fragile”. Even kalau bawak dalam kereta pun kemungkinan boleh retak sikit…

  5. roha said,

    September 25, 2008 at 4:33 am

    saya nak tanya sikit. lepas raya boleh order ke. bukannyer teliur tengok kuih raya akak tu. nak order dah terlambat. kat kuantan boleh order gak ke. cost tuk pos lain charge lak ke??

  6. kuihraya said,

    September 28, 2008 at 2:09 am

    Lepas raya boleh tapi syaratnya mesti minimum 10 botol bagi setiap jenis kuih. Sebab selalunya tak ramai yang order kuih raya selepas raya, so, terpaksa kita tetapkan order minimum 10 botol supaya usaha membuat kuih ini berbaloi. TQ.

  7. February 28, 2012 at 3:53 am

    mereka telah menjadi rakyat Persekutuan di bawah undang undang Persekutuan Tanah Melayu dahulu daripada tarikh 15 September 1952 dan vi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: