99.8% distributed…

Alhamdulillah… hampir 100% pesanan telah pun disempurnakan. Hanya tinggal beberapa belas botol sahaja lagi pesanan yang hanya tunggu untuk diambil oleh ahli-ahli keluarga terdekat. Yang lainnya semua sudah habis.

Ada beberapa perkara yang ingin kami jelaskan disini. Ada beberapa orang yang telah memesan daripada kami yang tidak dapat dihubungi sejak 2 minggu lepas. Beberapa SMS telah dihantar, beberapa panggilan telah dibuat dan beberapa e-mail yang telah ditulis, tetapi masih juga tiada jawapan. Setelah beberapa cubaan dilakukan untuk menghubungi anda, kami terpaksa melepaskan kuih-kuih raya yang anda pesan kepada ramai yang sedang menunggu sekiranya ada “kuih lebih”. Kami agak terkilan kerana tidak dapat menyempurnakan pesanan anda ini, tetapi agak terharu juga kerana ramai yang menunggu “kuih lebih” kami ini…

Seperti tahun-tahun sebelum ini, seperti biasa, memandangkan kuih-kuih raya ini tidak dibentuk oleh mesin, maka kemungkinan ada la sedikit kuih yang tidak sama saiz, terherot sana, terherot sini, yang mungkin tidak sama seperti gambar yang ditunjukkan di sini, tapi insyaAllah anda pasti tidak kisahkan itu semua kerana rasanya tetap seperti apa yang anda jangkakan.. sedaaap..πŸ™‚

Sekiranya tidak sedap, kami mohon maaf… lidah kita sama, rasa mungkin berlainan… tetapi alhamdulillah ramai yang terus memesan kuih daripada kami.. ada yang sehingga 4-5 kali buat tambahan order…

Seperti yang dijanjikan, bukan sahaja senarai top 7, tetapi kini kami senaraikan TOP 10 Kuih Raya Aidilfitri 2008 mengikut jumlah pesanan yang diterima. Ini adalah senarai 10 kuih teratas berdasarkan pesanan diterima daripada 19 jenis yang kami jual pada tahun ini. Untuk senarai penuh kuih raya kami, sila klik pada Kuih Raya Full Catalog.

1. Denmark Cookies

Denmark Cookies

#1: Denmark Cookies

2. Mama Carries

Mama Carries

#2: Mama Carries

3. Ginger Oats

Ginger Oats

#3: Ginger Oats

4. Kuih Samprit

Kuih Samprit

#4: Kuih Samprit

5. Strawberry Shortbread (baru)

Strawberry Shortbread

#5: Strawberry Shortbread

6. Coffee Rings

Coffee Rings

#6: Coffee Rings

7. White Chocolate Van Houten (baru)

White Chocolate Van Houten

#7: White Chocolate Van Houten

8. Chocolate Shortbread

Chocolate Shortbread

#8: Chocolate Shortbread

9. Biskut Arab (baru)

Biskut Arab

#9: Biskut Arab

10. Tart Nenas Gunting (baru)

Tart Nenas Gunting

#10: Tart Nenas Gunting

Kami amat berbangga di atas sambutan kuih-kuih rayan yang baru kami perkenalkan pada tahun ini, iaitu Strawberry Shortbread (#5), White Chocolate Van Houten (#7), Biskut Arab (#9), dan Tart Nenas Gunting (#10).

Sekiranya Kuih Samprit menjadi kuih “berhantu” pada tahun ini, tahun depan bakal menyaksikan satu lagi kuih “berhantu”.. iaitu Biskut Arab. Berdasarkan trend pesanan di akhir-akhir tempoh pesanan tahun ini, menunjukkan ada potensi Biskut Arab menjadi “kuih berhantu” kami pada tahun depan!πŸ™‚

Siapa dah rasa, dialah yang tahu!πŸ˜‰

1 Comment


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: