99.8% distributed…

Alhamdulillah… hampir 100% pesanan telah pun disempurnakan. Hanya tinggal beberapa belas botol sahaja lagi pesanan yang hanya tunggu untuk diambil oleh ahli-ahli keluarga terdekat. Yang lainnya semua sudah habis.

Ada beberapa perkara yang ingin kami jelaskan disini. Ada beberapa orang yang telah memesan daripada kami yang tidak dapat dihubungi sejak 2 minggu lepas. Beberapa SMS telah dihantar, beberapa panggilan telah dibuat dan beberapa e-mail yang telah ditulis, tetapi masih juga tiada jawapan. Setelah beberapa cubaan dilakukan untuk menghubungi anda, kami terpaksa melepaskan kuih-kuih raya yang anda pesan kepada ramai yang sedang menunggu sekiranya ada “kuih lebih”. Kami agak terkilan kerana tidak dapat menyempurnakan pesanan anda ini, tetapi agak terharu juga kerana ramai yang menunggu “kuih lebih” kami ini…

Seperti tahun-tahun sebelum ini, seperti biasa, memandangkan kuih-kuih raya ini tidak dibentuk oleh mesin, maka kemungkinan ada la sedikit kuih yang tidak sama saiz, terherot sana, terherot sini, yang mungkin tidak sama seperti gambar yang ditunjukkan di sini, tapi insyaAllah anda pasti tidak kisahkan itu semua kerana rasanya tetap seperti apa yang anda jangkakan.. sedaaap.. 🙂

Sekiranya tidak sedap, kami mohon maaf… lidah kita sama, rasa mungkin berlainan… tetapi alhamdulillah ramai yang terus memesan kuih daripada kami.. ada yang sehingga 4-5 kali buat tambahan order…

Seperti yang dijanjikan, bukan sahaja senarai top 7, tetapi kini kami senaraikan TOP 10 Kuih Raya Aidilfitri 2008 mengikut jumlah pesanan yang diterima. Ini adalah senarai 10 kuih teratas berdasarkan pesanan diterima daripada 19 jenis yang kami jual pada tahun ini. Untuk senarai penuh kuih raya kami, sila klik pada Kuih Raya Full Catalog.

1. Denmark Cookies

Denmark Cookies

#1: Denmark Cookies

2. Mama Carries

Mama Carries

#2: Mama Carries

3. Ginger Oats

Ginger Oats

#3: Ginger Oats

4. Kuih Samprit

Kuih Samprit

#4: Kuih Samprit

5. Strawberry Shortbread (baru)

Strawberry Shortbread

#5: Strawberry Shortbread

6. Coffee Rings

Coffee Rings

#6: Coffee Rings

7. White Chocolate Van Houten (baru)

White Chocolate Van Houten

#7: White Chocolate Van Houten

8. Chocolate Shortbread

Chocolate Shortbread

#8: Chocolate Shortbread

9. Biskut Arab (baru)

Biskut Arab

#9: Biskut Arab

10. Tart Nenas Gunting (baru)

Tart Nenas Gunting

#10: Tart Nenas Gunting

Kami amat berbangga di atas sambutan kuih-kuih rayan yang baru kami perkenalkan pada tahun ini, iaitu Strawberry Shortbread (#5), White Chocolate Van Houten (#7), Biskut Arab (#9), dan Tart Nenas Gunting (#10).

Sekiranya Kuih Samprit menjadi kuih “berhantu” pada tahun ini, tahun depan bakal menyaksikan satu lagi kuih “berhantu”.. iaitu Biskut Arab. Berdasarkan trend pesanan di akhir-akhir tempoh pesanan tahun ini, menunjukkan ada potensi Biskut Arab menjadi “kuih berhantu” kami pada tahun depan! 🙂

Siapa dah rasa, dialah yang tahu! 😉

Advertisements

Phase 3 dibuka dengan beberapa syarat; Top 7 Best-sellers

Salam Ramadhan sekali lagi…

Phase 2 telah pun tutup semalam. Alhamdulillah… Phase 3 kini dibuka sehingga tarikh tutup penamat 12 September 2008. Ada beberapa syarat untuk mereka yang meng”order” dalam Phase 3 ini.

Syarat-syaratnya:

1. Kuih-kuih berikut tidak lagi dijual dalam Phase 3: Tart Nenas Gulung, Tart Nenas Gunting, Chocolate Shortbread, Kuih Samprit, dan London Almond.

2. Kuih-kuih berikut hanya akan dibuka untuk pesanan sehingga 10 September sahaja: Mama Carries, Ginger Oats, Coffee Rings.

3. Kuih-kuih lain masih lagi boleh dipesan sehingga 12 September 2008.

4. Kepada mereka yang memesan melalui agen-agen kami, anda masih lagi boleh memesan mengikut syarat2 di atas sehingga tarikh tutup 12 September 2008.

5. Kepada mereka yang memesan terus daripada kami, kami hanya akan melayan pesanan anda jika:

  • Anda sanggup mengambil sendiri kuih-kuih anda nanti daripada tempat kami di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada penghujung minggu ke-3 puasa.
  • Anda membayar secara penuh ke dalam akaun bank kami dalam masa 24 jam selepas membuat pesanan. (Sila hubungi Ja di 012-3159254 for bank acount details)

Berikut adalah senarai ranking kuih-kuih raya yang paling banyak dipesan sehingga tarikh tutup Phase 2 semalam:

Denmark Cookies - Pesanan masih dibuka!

#1: Denmark Cookies - Pesanan masih dibuka!

Mama Carries - Pesanan ditutup 10 September 2008

#2: Mama Carries - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

Ginger Oats - Pesanan ditutup 10 Sept 2008

#3: Ginger Oats - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

Coffee Rings - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

#4: Coffee Rings - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

Kuih Samprit - Pesanan DITUTUP

#5: Kuih Samprit - Pesanan DITUTUP

Strawberry Shortbread - Pesanan masih dibuka!

#6: Strawberry Shortbread - Pesanan masih dibuka!

White Chocolate Van Houten - Pesanan masih dibuka!

#7: White Chocolate Van Houten - Pesanan masih dibuka!

Sila rujuk pada Kuih Raya Full Catalog untuk senarai penuh kuih-kuih raya kami berserta harganya.

Buat masa sekarang, kami sedang sibuk mengagih-agihkan kuih-kuih raya yang dipesan dalam Phase 1 untuk diedar kepada anda yang telah memesannya. InsyaAllah pengedaran kuih-kuih raya Phase 1 akan dimulakan pertengahan minggu ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua! 🙂

Phase 1 tutup; Phase 2 buka… Salam Ramadhan!

Salam Ramadhan untuk semua yang mengunjungi blog ini dan kepada mereka yang telah menempah kuih raya masing-masing.

Seperti yang dipaparkan dalam blog entry sebelum ini, tempahan kuih raya boleh dibuat mengikut phase yang telah ditetapkan. Buat masa ini tempahan untuk Phase 1 telah ditutup dan tempahan untuk Phase 2 telah pun dibuka dan akan tutup pada 7 September nanti.

Kami amat berterima kasih kepada anda semua kerana berkat sokongan anda, jumlah tempahan yang kami terima bagi Phase 1 sahaja telah melebihi jumlah jualan keseluruhan kami pada tahun lepas. Terima kasih sekali lagi! Insya-Allah, kami akan menyiapkan pesanan anda semua pada mulai minggu ke-2 puasa, iaitu selepas 7 September nanti.

Berdasarkan jumlah tempahan yang kami terima, berikut adalah TOP 7 kuih raya bagi Phase 1: (ranking adalah berdasarkan peratusan tempahan setiap kuih berbanding jumlah keseluruhan tempahan)

Denmark Cookies - 25.17%

#1: Denmark Cookies - 25.17%

Mama Carries - 17.87%

#2: Mama Carries - 17.87%

Coffee Rings - 9.28%

#3: Coffee Rings - 9.28%

Ginger Oats - 9.18%

#4: Ginger Oats - 9.18%

Kuih Samprit - 5.78%

#5: Kuih Samprit - 5.78%

White Chocolate Van Houten - 4.24%

#6: White Chocolate Van Houten - 4.24%

Strawberry Shortbread - 4.05%

#7: Strawberry Shortbread - 4.05%

Chocolate Shortbread - RM24.00

#7: Chocolate Shortbread - 4.05%

8 jenis kuih yang menghuni carta Top 7 setakat pesanan yang kami terima bagi Phase 1. Kebanyakan pesanan adalah dari mereka yang pernah merasa kuih-kuih kami dan pernah memesan pada tahun-tahun lepas. Terima kasih kerana keyakinan anda semua dengan rasa kuih raya kami kerana 2 kuih raya terbaru kami, iaitu White Chocolate Van Houten dan Strawberry Shortbread turut termasuk dalam carta Top 7 kami buat masa ini.

Tempahan masih dibuka untuk Phase 2 sehingga 7 September 2008. Phase 3 akan bermula selepas itu sehingga tarikh tutup penamat, iaitu pada 12 September 2008.

Sila rujuk Kuih Raya Full Catalog untuk melihat senarai penuh kuih raya kami berserta dengan harganya.

Top 7 Kuih Raya Aidilfitri 2007 season

Deliveries DONE! Alhamdulillah…

Sorry for the slightly late update… was busy watching our first astronaut launched to space…

Anyway, as promised, our Top 7 Kuih Raya list based on orders received:

 7. Chocolate Almond  — 4%

6. Van Houten Cookies  — 4%

5. London Almond — 5%

4. Ginger Oats — 11%

3. Mama Carries — 15%

2. Coffee Rings — 15%

1. Denmark Cookies  Denmark Cookies — 23%

Yup, that’s right.. Denmark Cookies still the overall favorites.. although there was a high last minute demand for Coffee Rings at number 2 (jumped up 2 spots since our last count, overtaking Ginger Oats and Mama Carries)

Di sini jami ingin mengambil kesempatan sekiranya oermntaan last-minute anda tidak dapat ditunaikan atau pun ditolak, dan oleh kerana yang membuat kuih-kuih raya ini adalah 100% manusia, mungkin terdapat sedikit yang serba kekurangan dari pihak kami, walau pun kami sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anda. Mintakla halalkan kalau sekiranya ada “human errors” yang mungkin terlepas pandang… mungkin kuih tak sama saiz 100% seperti mesin yang buat, ada yang terkurang atau yang terlebih…

Kami juga bersyukur kerana mendapat pelbagai feedback yang rata-ratanya semuanya amat berpuas hati akan keenakan kuih raya sajian kami… sampai most of you nak tambah order lagi… ada yang nak book for Deepavali, Chinese New Year, etc… akan kami usahakan apa yang terdaya.

Di sini kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Selalu-selalulah menjenguk laman web atau pun blog Kuih Raya Kelana Jaya ini selepas ini kerana kami ada updates from time to time… mana tau.. ada kuih baru ke… ada promosi luar waktu raya ke… etc..

Sekian, terma kasih. Enjoy your kuih raya!

TOP 7 Kuih Raya List

Thank you so much for your orders up to this point. I’d like to announce that orders for “Katalog 2” & “Katalog 3” are officially closed for Aidilfitri 2007 season. However, we still accept orders from “Katalog Kuih Raya 1”.

Some of you guys may have received your kuih raya… macamana? Sedap tak? 😉 Ramai yang dah rasa nak order lagi…

Many are still waiting for theirs.. so hold on people… massive deliveries and self-pickups may start tomorrow or the day after.

After consolidation of all orders thus far, for fun’s sake, we have created our own TOP 7 Kuih Raya based on the orders received for each item compared to total orders received…

Here it is… your TOP 7 Kuih Raya list! (drum roll please… )

Number 7: Chocolate Almond cookies – 4% (We still accept orders!)

Chocolate Almond

Number 6: London Almond – 5% (Orders closed!)

London Almond

Number 5: Kuih Samprit – 5% (Orders closed!)

Kuih Samprit

Number 4: Coffee Rings – 7% (Orders closed!)

Coffee Rings

Number 3: Ginger Oats – 8% (Orders closed!)

Ginger Oats

Number 2: Mama Carries – 18% (Orders closed!)

Mama Carries

And your NUMBER ONE KUIH RAYA is….

DENMARK COOKIES – 26% (and we still accept orders!!)

Denmark Cookies

The rest of the cookies represent 27% of all orders… this TOP 7 list will be finalized and updated on October 10th, 2007.