Tarikh-tarikh tutup pesanan

Alhamdulillah, pesanan telah mulai masuk daripada anda yang pernah order dari kami sebelum ini dan juga mereka yang baru pertama kali berurusan dengan kami. Terima kasih.

Kami membuat sedikit perubahan pada jadual pesanan, berdasarkan pengalaman kami tahun lepas. Memandangkan ramai di antara anda yang memesan sehingga 2-3 kali (repeat orders) dalam masa 2-3 minggu pada Ramadan lepas, kami telah menetapkan jadual untuk anda hantarkan pesanan anda kepada kami.

Phase 1: 1 September 2008

Phase 2: 7 September 2008

Phase 3: 12 September 2008

Insya-Allah, bagi mereka yang memesan kuih raya sebelum “deadline” Phase 1, kami akan cuba menghantarnya pada minggu kedua puasa. Bagi mereka yang baru pertama kali berurusan dengan kami, inilah tempoh anda untuk merasa kuih-kuih kami. Jika anda ingin menambah pesanan anda, anda masih lagi boleh melakukannya sebelum “deadline” Phase 3.

Selepas 12 September (deadline Phase 3), kami tidak akan menerima sebarang pesanan, kecuali jika kami ada “extra” untuk dijual, tetapi kami tidak berani menjamin.

Kami nasihatkan agar anda yang baru hendak merasa kuih-kuih raya kami ini supaya memesan secepat mungkin supaya ada masih mempunyai masa lagi sekiranya ingin menambah pesanan anda. Pada tahun lepas kami terpaksa menolak ramai yang ingin membuat “repeat orders” terutamanya bagi kuih Denmark Cookies dan Mama Carries kerana masa telah terlalu suntuk. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, terciptalah idea pesanan 3 fasa ini 🙂 Order cepat-cepat, nanti boleh order lagi!

Seperti biasa, proses pengedaran kuih raya akan berakhir pada penghujung minggu ke-3 kita berpuasa, insya-Allah.

Kami ada menerima panggilan dari serata Malaysia dan juga Singapura bertanyakan jika kami ada buat penghantaran. Dengan dukacitanya kami terpaksa menolak kerana kami tidak boleh menggunakan pos atau courier service dalam menghantar kuih raya lami kerana kuih2 ini akan hancur. Kami hanya menerima pesanan anda sekiranya anda mempunyai saudara-mara atau rakan yang tinggal berdekatan yang boleh mengambil kuih-kuih ini bagi pihak anda.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ja di 012-3159254.

Mama Carries, Ginger Oats, Coffee Rings

Alhamdulillah….

Kami baru sahaja mendapat “greenlight” untuk membuka pesanan bagi Mama Carries, Ginger Oats, dan Coffee Rings, yang amat diminati ramai. Ramai yang bertanya, sehinggakan sanggup memesan sahaja tanpa mengetahui harganya kerana pernah membelinya pada tahun lepas. Terima kasih!

Mama Carries

Mama Carries

Ginger Oats

Ginger Oats

Coffee Rings

Coffee Rings

Klik pada Kuih Raya Full Catalog untuk melihat harganya serta kuih-kuih lain yang telah pun dibuka untuk pesanan sempena Aidilfitri 2008. Terima kasih.

Hubungi Ja di 012-3159254 untuk keterangan lanjut.

Update: Kuih-kuih raya terbaru

Berikut adalah 2 lagi tambahan kuih raya baru untuk tahun ini.

Strawberry Shortbread

Strawberry Shortbread

Biskut Arab

Biskut Arab

For a complete catalog of kuih raya, klik pada Kuih Raya Full Catalog

Seperti tahun lepas, kapasiti kami untuk membuat kuih-kuih raya ini adalah dalam 300-400 botol bagi tiap-tiap satu jenis kuih raya (1 botol = 50 biji, kecuali Kuih Samprit = 40 biji sebotol).

Bagi kuih-kuih Mama Carries, Ginger Oats, dan Coffee Rings yang amat popular tahun lepas, kami masih tak dapat pastikan kapasiti serta harga buat tahun ini. Harap bersabar. Once we have confirmed, kita akan inform serta-merta.

Ramai juga yang bertanya jika kami ada menjual sample set yang boleh dihantar melalui pos. Buat masa ini kami tidak menyediakan sample-sample set ini. Walau bagaimanapun seperti biasa, sample-sample percuma memang ada kami sediakan buat mereka yang datang ke rumah kami.

Bagi mereka yang pernah order kuih-kuih raya dengan kami pada tahun-tahun lepas, sudah semestinya perasan akan kenaikan harga kuih berbanding sebelum ini. Ini kami tidak dapat elakkan kerana kenaikan yang agak mendadak bahan-bahan membuat kuih. We do not compromise on our quality. Jika harga butter jenama yang kami gunakan naik RM3-RM4 sebuku, kami tetap akan menggunakan jenama butter yang sama, walaupun ada butter lain yang jauh lebih murah.

Tapi alhamdulillah, walaupun harga naik, kami bersyukur kerana anda semua (yang pernah membeli daripada kami) masih tetap memesan kuih-kuih raya kami, malah ramai yang juga menambah lagi bilangan botol-botol kuih mereka tahun ini dengan kuih kami. Terima kasih!

Kuih-kuih raya ini adalah kuih-kuih raya yang sememangnya menjadi juadah yang dihidangkan di meja kami semasa Hari Raya buat bertahun-tahun. Sudah sememangnya ia sedap! 🙂

Update: Kuih Raya Full Catalog

Assalamualaikum!

Seperti dijanjikan, kami telah senaraikan hampir kesemua jenis kuih raya yang akan dibuka untuk tempahan untuk Aidilfitri tahun ini. Klik pada “Kuih Raya Full Catalog“.

Jika dilihat pada katalog itu, mungkin ada yang perasan terdapat ada beberapa kuih yang tidak disenaraikan di dalam katalog baru ini. Sebenarnya kami masih lagi belum dapat pastikan kapasiti pengeluaran serta harga terbaru bagi kuih-kuih seperti Mama Carries, Ginger Oats, Coffee Rings, dan sebagainya.

Insya Allah kami akan cuba untuk senaraikan kuih-kuih ini di dalam Full Catalog itu tidak lama lagi.

Pada tahun ini juga kami ada menyenaraikan beberapa kuih baru: Tart Nenas Gunting, White Chocolate Cornflakes dan White Chocolate Van Houten.

Tart Nenas Gunting

Tart Nenas Gunting

White Chocolate Cornflakes

White Chocolate Cornflakes

White Chocolate Van Houten

White Chocolate Van Houten

Dan juga kami dengan sukacitanya ingin memperkenalkan Rich Fruit Cake yang teramatlah sedap sekali!

Rich Fruit Cake

Rich Fruit Cake

Sila lihat Kuih Raya Full Catalog untuk senarai penuh kuih-kuih berserta dengan harganya.

UPDATE: Kuih Raya Musim Aidilfitri 2008

Assalamualaikum,

Buat masa sekarang kami sedang mengumpulkan senarai kuih-muih yang akan dijual buat tahun ini. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan pada tahun lepas yang mana sambutannya adalah AMAT menggalakkan dan lebih dari jangkaan kami.

Insya-Allah dalam masa 2 minggu ini kami akan mula updatekan blog ini untuk sesi Aidilfitri 2008.

Disebabkan kenaikan harga yang mendadak bagi ingredients untuk membuat kuih pada tahun ini, harga kuih akan naik sedikit, tapi kami tetap dengan prinsip kami iaitu JANGAN MAHALKAN HARGA KUIH SEDAP! ;-D

Based on last year’s feedback and experience, ramai merasakan harga kami terlalu rendah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai yang ingin menjadi agen kerana kuih-muih ini boleh di”MARK-UP” kan lagi untuk dijual dengan harga lebih tinggi.

Buat agen2 di luar sana, diharap janganla markup terlebih tinggi. Memadailah dengan harga yang kami syorkan.

Untuk yang ingin menjadi agen, anda akan hanya “qualify” menjadi agen sekiranya pesanan anda melebihi 100 botol (tidak kira kuih jenis apa). Satu botol mengandungi 50 biji kuih. Based on last year’s experience, ramai agen kami terdiri daripada mereka-mereka yang tolong membuat pesanan untuk rakan-rakan sepejabat di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Kelang.

Hubungi Jamilah (Ja) di 012-3159254 untuk keterangan lanjut.

Top 7 Kuih Raya Aidilfitri 2007 season

Deliveries DONE! Alhamdulillah…

Sorry for the slightly late update… was busy watching our first astronaut launched to space…

Anyway, as promised, our Top 7 Kuih Raya list based on orders received:

 7. Chocolate Almond  — 4%

6. Van Houten Cookies  — 4%

5. London Almond — 5%

4. Ginger Oats — 11%

3. Mama Carries — 15%

2. Coffee Rings — 15%

1. Denmark Cookies  Denmark Cookies — 23%

Yup, that’s right.. Denmark Cookies still the overall favorites.. although there was a high last minute demand for Coffee Rings at number 2 (jumped up 2 spots since our last count, overtaking Ginger Oats and Mama Carries)

Di sini jami ingin mengambil kesempatan sekiranya oermntaan last-minute anda tidak dapat ditunaikan atau pun ditolak, dan oleh kerana yang membuat kuih-kuih raya ini adalah 100% manusia, mungkin terdapat sedikit yang serba kekurangan dari pihak kami, walau pun kami sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anda. Mintakla halalkan kalau sekiranya ada “human errors” yang mungkin terlepas pandang… mungkin kuih tak sama saiz 100% seperti mesin yang buat, ada yang terkurang atau yang terlebih…

Kami juga bersyukur kerana mendapat pelbagai feedback yang rata-ratanya semuanya amat berpuas hati akan keenakan kuih raya sajian kami… sampai most of you nak tambah order lagi… ada yang nak book for Deepavali, Chinese New Year, etc… akan kami usahakan apa yang terdaya.

Di sini kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Selalu-selalulah menjenguk laman web atau pun blog Kuih Raya Kelana Jaya ini selepas ini kerana kami ada updates from time to time… mana tau.. ada kuih baru ke… ada promosi luar waktu raya ke… etc..

Sekian, terma kasih. Enjoy your kuih raya!

Distribution Updates 3

With 1 day to go, we have distributed 98.2% of all our kuih raya for this Aidilfitri season. Although still ramai lagi yang order (many of them repeat orders), we’re very sorry that we could not entertain your requests at this point.

Will post our latest delivery update tomorrow and the list of our final TOP 7 kuih raya for Aidilfitri 2007 season!

Distribution Updates 2

Kami sedang bertungkus-lumus untuk menunaikan pesanan-pesanan anda. As of this moment, we have delivered 76% of all orders and only 24% to go.

Kami terpaksa menolak permintaan and semua yang ingin menambah pesanan anda setelah merasa keenakan kuih-kuih raya kami di atas sebab-sebab kesuntukan masa menjelang perayaan Aidilfitri ini. Mungkin selepas ini boleh order lebih sikit awal2-awal lagi 🙂

Semua pesanan telah ditutup KECUALI untuk hanya satu kuih raya sahaja… DENMARK COOKIES sahaja… LAST ORDER SATURDAY, 6 OCT 2007 untuk warga Petaling Jaya sahaja serta kawasan-kawasan sekitarnya.

Denmark Cookies

Hubungi Jamilah (Ja) di 012-3159254 untuk keterangan terkini.

Terima kasih!

Distribution Updates

So far we have delivered 45% of all orders to our customers.

Another 20% waiting to be picked up or delivered.

And another 35% to be made and packed.

So far, so good. Beratus-ratus botol telah pun sampai kepada anda semua. Still following the schedule. TEMPAHAN masih lagi dibuka untuk kuih-kuih berikut, terutamanya bagi kawasan sekitar Petaling Jaya (last minute nih!):

  • Denmark cookies
  • Chocolate Almond cookies
  • Shortbread cookies
  • Chocolate Cornflakes
  • Chocolate Bubble Rice
  • Van Houten cookies

Denmark Cookies     Chocolate Almond     Shortbread Cookies

Choco Cornflakes     Chocolate Bubble Rice Cookies     Van Houten Cookies

Last day for orders untuk kuih-kuih di atas adalah pada 4 Oktober ini (Khamis).

Untuk keterangan lanjut, hubungi Jamilah (Ja) di talian 012-3159254.

TOP 7 Kuih Raya List

Thank you so much for your orders up to this point. I’d like to announce that orders for “Katalog 2” & “Katalog 3” are officially closed for Aidilfitri 2007 season. However, we still accept orders from “Katalog Kuih Raya 1”.

Some of you guys may have received your kuih raya… macamana? Sedap tak? 😉 Ramai yang dah rasa nak order lagi…

Many are still waiting for theirs.. so hold on people… massive deliveries and self-pickups may start tomorrow or the day after.

After consolidation of all orders thus far, for fun’s sake, we have created our own TOP 7 Kuih Raya based on the orders received for each item compared to total orders received…

Here it is… your TOP 7 Kuih Raya list! (drum roll please… )

Number 7: Chocolate Almond cookies – 4% (We still accept orders!)

Chocolate Almond

Number 6: London Almond – 5% (Orders closed!)

London Almond

Number 5: Kuih Samprit – 5% (Orders closed!)

Kuih Samprit

Number 4: Coffee Rings – 7% (Orders closed!)

Coffee Rings

Number 3: Ginger Oats – 8% (Orders closed!)

Ginger Oats

Number 2: Mama Carries – 18% (Orders closed!)

Mama Carries

And your NUMBER ONE KUIH RAYA is….

DENMARK COOKIES – 26% (and we still accept orders!!)

Denmark Cookies

The rest of the cookies represent 27% of all orders… this TOP 7 list will be finalized and updated on October 10th, 2007.

« Older entries Newer entries »