Distribution update!

Salam Ramadhan sekali lagi…

Ada ramai lagi yang bertanyakan kepada kami sama ada boleh buat pesanan lagi atau pun tidak. Walaupun pesanan telah pun ditutup sejak seminggu lepas, kami ada juga mengintai-intai peluang untuk “squeeze” kan a few orders here and there sehinggakan sudah tiada ruang lagi. So, sekali lagi kami ingin nyatakan di sini bahawa kami tidak akan menerima sebarang pesanan lagi. Buat masa sekarang kami hanya menumpukan kepada pengedaran kuih-kuih raya kami kepada anda semua.

Setakat hari ini, kami telah pun menyelesaikan 63% daripada pesanan-pesanan yang kami terima untuk Aidilfitri 2008 ini. InsyaAllah kami akan habiskan urusan kuih raya ini selewat-lewatnya hari Khamis 25 September 2008.

Based on trend pesanan kuih raya pada tahun ini, kami amat bersyukur kerana beberapa kuih raya baru yang kami perkenalkan, iaitu Strawberry Shortbread, Biskut Arab, dan White Chocolate Van Houten telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ramai yang membuat repeat order setelah merasai keenakan kuih raya tersebut.

Kami telah membuat beberapa kesimpulan. Di antaranya ialah… tidak ramai yang memesan kuih raya yang dianggap “biasa” kepada mereka seperti London Almond, Kuih Samprit, Tart Nenas, Biskut Arab.. tetapi apabila mereka telah berkesempatan merasai keenakan kuih-kuih kami ini, begitu ramai yang membuat repeat order.

Sebagai contoh… Kuih Samprit kami. Pesanan untuk kuih samprit kami pada tahun ini telah meningkat hingga hampir 300% berbanding tahun lepas. “Word of mouth” spreads really fast, especially from the mouth that have tasted our Kuih Samprit! 🙂

Kami menjangkakan insyaAllah pada tahun depan Biskut Arab kami akan turut mengikuti jejak Kuih Samprit, berdasarkan trend pesanan di hari-hari terakhir tempoh pesanan lalu.

Terima kasih kepada anda semua yang telah memberikan sokongan kepada kami.

Mulai sekarang, kami akan sentiasa meng”update” blog ini dengan berita-berita terkini status pengedaran kami, serta cerita-cerita menarik yang kami dengar daripada mereka yang telah memesan kuih raya kami.

😉

p/s: Bagi mereka yang baru sahaja melawat blog ini, sila klik pada Kuih Raya Full Catalog untuk melihat kuih-kuih raya kami. TQ,

1 Comment


Leave a comment