Tarikh-tarikh tutup pesanan

Alhamdulillah, pesanan telah mulai masuk daripada anda yang pernah order dari kami sebelum ini dan juga mereka yang baru pertama kali berurusan dengan kami. Terima kasih.

Kami membuat sedikit perubahan pada jadual pesanan, berdasarkan pengalaman kami tahun lepas. Memandangkan ramai di antara anda yang memesan sehingga 2-3 kali (repeat orders) dalam masa 2-3 minggu pada Ramadan lepas, kami telah menetapkan jadual untuk anda hantarkan pesanan anda kepada kami.

Phase 1: 1 September 2008

Phase 2: 7 September 2008

Phase 3: 12 September 2008

Insya-Allah, bagi mereka yang memesan kuih raya sebelum “deadline” Phase 1, kami akan cuba menghantarnya pada minggu kedua puasa. Bagi mereka yang baru pertama kali berurusan dengan kami, inilah tempoh anda untuk merasa kuih-kuih kami. Jika anda ingin menambah pesanan anda, anda masih lagi boleh melakukannya sebelum “deadline” Phase 3.

Selepas 12 September (deadline Phase 3), kami tidak akan menerima sebarang pesanan, kecuali jika kami ada “extra” untuk dijual, tetapi kami tidak berani menjamin.

Kami nasihatkan agar anda yang baru hendak merasa kuih-kuih raya kami ini supaya memesan secepat mungkin supaya ada masih mempunyai masa lagi sekiranya ingin menambah pesanan anda. Pada tahun lepas kami terpaksa menolak ramai yang ingin membuat “repeat orders” terutamanya bagi kuih Denmark Cookies dan Mama Carries kerana masa telah terlalu suntuk. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, terciptalah idea pesanan 3 fasa ini 🙂 Order cepat-cepat, nanti boleh order lagi!

Seperti biasa, proses pengedaran kuih raya akan berakhir pada penghujung minggu ke-3 kita berpuasa, insya-Allah.

Kami ada menerima panggilan dari serata Malaysia dan juga Singapura bertanyakan jika kami ada buat penghantaran. Dengan dukacitanya kami terpaksa menolak kerana kami tidak boleh menggunakan pos atau courier service dalam menghantar kuih raya lami kerana kuih2 ini akan hancur. Kami hanya menerima pesanan anda sekiranya anda mempunyai saudara-mara atau rakan yang tinggal berdekatan yang boleh mengambil kuih-kuih ini bagi pihak anda.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ja di 012-3159254.

Mama Carries, Ginger Oats, Coffee Rings

Alhamdulillah….

Kami baru sahaja mendapat “greenlight” untuk membuka pesanan bagi Mama Carries, Ginger Oats, dan Coffee Rings, yang amat diminati ramai. Ramai yang bertanya, sehinggakan sanggup memesan sahaja tanpa mengetahui harganya kerana pernah membelinya pada tahun lepas. Terima kasih!

Mama Carries

Mama Carries

Ginger Oats

Ginger Oats

Coffee Rings

Coffee Rings

Klik pada Kuih Raya Full Catalog untuk melihat harganya serta kuih-kuih lain yang telah pun dibuka untuk pesanan sempena Aidilfitri 2008. Terima kasih.

Hubungi Ja di 012-3159254 untuk keterangan lanjut.

Update: Kuih-kuih raya terbaru

Berikut adalah 2 lagi tambahan kuih raya baru untuk tahun ini.

Strawberry Shortbread

Strawberry Shortbread

Biskut Arab

Biskut Arab

For a complete catalog of kuih raya, klik pada Kuih Raya Full Catalog

Seperti tahun lepas, kapasiti kami untuk membuat kuih-kuih raya ini adalah dalam 300-400 botol bagi tiap-tiap satu jenis kuih raya (1 botol = 50 biji, kecuali Kuih Samprit = 40 biji sebotol).

Bagi kuih-kuih Mama Carries, Ginger Oats, dan Coffee Rings yang amat popular tahun lepas, kami masih tak dapat pastikan kapasiti serta harga buat tahun ini. Harap bersabar. Once we have confirmed, kita akan inform serta-merta.

Ramai juga yang bertanya jika kami ada menjual sample set yang boleh dihantar melalui pos. Buat masa ini kami tidak menyediakan sample-sample set ini. Walau bagaimanapun seperti biasa, sample-sample percuma memang ada kami sediakan buat mereka yang datang ke rumah kami.

Bagi mereka yang pernah order kuih-kuih raya dengan kami pada tahun-tahun lepas, sudah semestinya perasan akan kenaikan harga kuih berbanding sebelum ini. Ini kami tidak dapat elakkan kerana kenaikan yang agak mendadak bahan-bahan membuat kuih. We do not compromise on our quality. Jika harga butter jenama yang kami gunakan naik RM3-RM4 sebuku, kami tetap akan menggunakan jenama butter yang sama, walaupun ada butter lain yang jauh lebih murah.

Tapi alhamdulillah, walaupun harga naik, kami bersyukur kerana anda semua (yang pernah membeli daripada kami) masih tetap memesan kuih-kuih raya kami, malah ramai yang juga menambah lagi bilangan botol-botol kuih mereka tahun ini dengan kuih kami. Terima kasih!

Kuih-kuih raya ini adalah kuih-kuih raya yang sememangnya menjadi juadah yang dihidangkan di meja kami semasa Hari Raya buat bertahun-tahun. Sudah sememangnya ia sedap! 🙂

Update: Kuih Raya Full Catalog

Assalamualaikum!

Seperti dijanjikan, kami telah senaraikan hampir kesemua jenis kuih raya yang akan dibuka untuk tempahan untuk Aidilfitri tahun ini. Klik pada “Kuih Raya Full Catalog“.

Jika dilihat pada katalog itu, mungkin ada yang perasan terdapat ada beberapa kuih yang tidak disenaraikan di dalam katalog baru ini. Sebenarnya kami masih lagi belum dapat pastikan kapasiti pengeluaran serta harga terbaru bagi kuih-kuih seperti Mama Carries, Ginger Oats, Coffee Rings, dan sebagainya.

Insya Allah kami akan cuba untuk senaraikan kuih-kuih ini di dalam Full Catalog itu tidak lama lagi.

Pada tahun ini juga kami ada menyenaraikan beberapa kuih baru: Tart Nenas Gunting, White Chocolate Cornflakes dan White Chocolate Van Houten.

Tart Nenas Gunting

Tart Nenas Gunting

White Chocolate Cornflakes

White Chocolate Cornflakes

White Chocolate Van Houten

White Chocolate Van Houten

Dan juga kami dengan sukacitanya ingin memperkenalkan Rich Fruit Cake yang teramatlah sedap sekali!

Rich Fruit Cake

Rich Fruit Cake

Sila lihat Kuih Raya Full Catalog untuk senarai penuh kuih-kuih berserta dengan harganya.