Kami ke laman web baru di http://www.kuihraya.com.my

Ingin kami umumkan bahawa mulai hari ini, Kuih Raya Kelana Jaya telah berpindah dari laman blog https://kuihraya.wordpress.com ini ke laman web baru, iaitu di http://www.kuihraya.com.my (sila klik ke sana!!)

Kami juga ingin mengumumkan bahawa tempahan untuk Aidilfitri 2009 telah pun dibuka sekarang! Sila lihat Katalog Kuih Raya 2009 di laman web baru kami di http://www.kuihraya.com.my (klik ke laman web baru kami!!)

Anda semua boleh hubungi saya (Jamilah) melalui email, SMS, telefon untuk membuat pesanan anda. (klik ke http://www.kuihraya.com.my!!)

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

(Klik ke http://www.kuihraya.com.my!!)

πŸ™‚

Jamilah (012-3159254)

jamilahkj @ yahoo . com

http://www.kuihraya.com.my

Kuih Raya 2009 – Bila nak mula?

πŸ™‚

Bila kami akan mulakan operasi besar-besaran pesanan kuih raya buat tahun 2009 ini? AkanΒ  kami beritahu tak lama lagi…

Apa yang boleh dikatakan di sini, ada beberapa jenis kuih yang tidak dapat menemui anda pada tahun ini…

Tetapi semestinya, kuih-kuih yang menjadi pujaan anda semua tetap akan kami sediakan untuk pesanan-pesanan anda…

Nantikan kemunculan projek kuih raya untuk tahun 2009 ini tak lama lagi.

Hubungi Jamilah (Ja) – 012 3159254 untuk maklumat terkini..

Terima kasih.

πŸ™‚

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan buat anda semua serta ampun dan maaf zahir batin kami pohon sekiranya ada salah dan silap daripada kami sekeluarga. Diharap agar semuanya ceria di hari raya, menjamah juadah-juadah serta kuih-kuih raya yang enak. πŸ™‚

Jumpa lagi di tahun hadapan, insyaAllah… tetapi kemungkinan akan ada pengumuman menarik tidak lama lagi di mana selain daripada bulan puasa dan bulan raya, ada beberapa kuih-muih, kek yang akan kami tonjolkan untuk anda membuat pesanan untuk dinikmati di majlis-majlis keraian dan sebagainya.

Tunggu!!!!

99.8% distributed…

Alhamdulillah… hampir 100% pesanan telah pun disempurnakan. Hanya tinggal beberapa belas botol sahaja lagi pesanan yang hanya tunggu untuk diambil oleh ahli-ahli keluarga terdekat. Yang lainnya semua sudah habis.

Ada beberapa perkara yang ingin kami jelaskan disini. Ada beberapa orang yang telah memesan daripada kami yang tidak dapat dihubungi sejak 2 minggu lepas. Beberapa SMS telah dihantar, beberapa panggilan telah dibuat dan beberapa e-mail yang telah ditulis, tetapi masih juga tiada jawapan. Setelah beberapa cubaan dilakukan untuk menghubungi anda, kami terpaksa melepaskan kuih-kuih raya yang anda pesan kepada ramai yang sedang menunggu sekiranya ada “kuih lebih”. Kami agak terkilan kerana tidak dapat menyempurnakan pesanan anda ini, tetapi agak terharu juga kerana ramai yang menunggu “kuih lebih” kami ini…

Seperti tahun-tahun sebelum ini, seperti biasa, memandangkan kuih-kuih raya ini tidak dibentuk oleh mesin, maka kemungkinan ada la sedikit kuih yang tidak sama saiz, terherot sana, terherot sini, yang mungkin tidak sama seperti gambar yang ditunjukkan di sini, tapi insyaAllah anda pasti tidak kisahkan itu semua kerana rasanya tetap seperti apa yang anda jangkakan.. sedaaap.. πŸ™‚

Sekiranya tidak sedap, kami mohon maaf… lidah kita sama, rasa mungkin berlainan… tetapi alhamdulillah ramai yang terus memesan kuih daripada kami.. ada yang sehingga 4-5 kali buat tambahan order…

Seperti yang dijanjikan, bukan sahaja senarai top 7, tetapi kini kami senaraikan TOP 10 Kuih Raya Aidilfitri 2008 mengikut jumlah pesanan yang diterima. Ini adalah senarai 10 kuih teratas berdasarkan pesanan diterima daripada 19 jenis yang kami jual pada tahun ini. Untuk senarai penuh kuih raya kami, sila klik pada Kuih Raya Full Catalog.

1. Denmark Cookies

Denmark Cookies

#1: Denmark Cookies

2. Mama Carries

Mama Carries

#2: Mama Carries

3. Ginger Oats

Ginger Oats

#3: Ginger Oats

4. Kuih Samprit

Kuih Samprit

#4: Kuih Samprit

5. Strawberry Shortbread (baru)

Strawberry Shortbread

#5: Strawberry Shortbread

6. Coffee Rings

Coffee Rings

#6: Coffee Rings

7. White Chocolate Van Houten (baru)

White Chocolate Van Houten

#7: White Chocolate Van Houten

8. Chocolate Shortbread

Chocolate Shortbread

#8: Chocolate Shortbread

9. Biskut Arab (baru)

Biskut Arab

#9: Biskut Arab

10. Tart Nenas Gunting (baru)

Tart Nenas Gunting

#10: Tart Nenas Gunting

Kami amat berbangga di atas sambutan kuih-kuih rayan yang baru kami perkenalkan pada tahun ini, iaitu Strawberry Shortbread (#5), White Chocolate Van Houten (#7), Biskut Arab (#9), dan Tart Nenas Gunting (#10).

Sekiranya Kuih Samprit menjadi kuih “berhantu” pada tahun ini, tahun depan bakal menyaksikan satu lagi kuih “berhantu”.. iaitu Biskut Arab. Berdasarkan trend pesanan di akhir-akhir tempoh pesanan tahun ini, menunjukkan ada potensi Biskut Arab menjadi “kuih berhantu” kami pada tahun depan! πŸ™‚

Siapa dah rasa, dialah yang tahu! πŸ˜‰

91% distributed & “Kuih Berhantu”!

Salam Ramadhan…

As of Wednesday, 24 September 2008, we have distributed 91% of all orders. Alhamdulillah… another 9% to be distributed tomorrow, Friday, and Saturday, insyaAllah…

Terima kasih atas sokongan anda semua yang memesan kuih raya daripada kami tahun ini. Semoga anda semua berpuas hati dengan kuih-kuih raya kami ini.

Antara cerita-cerita menarik sepanjang Ramadhan ini adalah mengenai “Kuih Berhantu” kami… Kuih Samprit! πŸ™‚

Kuih Samprit

Kuih Samprit

Kepada mereka yang pernah merasa Kuih Samprit kami, pasti anda akan setuju bahawa Kuih Samprit ini “berhantu”! Hehehehe… bukannya ada hantu.. tetapi rata-rata feedback yang kami terima menyatakan bahawa bila makan kuih samprit ini, asyik nak makan aje tak berenti… tak terasa pun berbekas-bekas telah dihabiskan.

Ada juga kami dengar salah seorang pelanggan kami yang telah menghabiskan 3 bekas kuih samprit (120 pieces) yang telah dibeli dalam hanya 1 sesi berbuka puasa bersama keluarga! *You know who you are!* πŸ˜‰ To this particular person, I’m happy to say that YES, we have some more samprit for you.. the last 3 bekas that we have with us… 3 bekas je kitorang boleh bagi lagi dik.. itu je… dah habis dah… thank you… πŸ™‚

The repeat orders that we had for Kuih Samprit for the past 1 month was VERY encouraging…. sehinggakan tukang buat Kuih Samprit ni pun kata korang ni asyik orang-orang yang sama je order lagi dan lagi dan lagi… bagi chance la nak bagi kat orang lain pulak… hehehe

Hahaha… itulah dia kuih “berhantu” kami… πŸ™‚

Distribution update!

Salam Ramadhan sekali lagi…

Ada ramai lagi yang bertanyakan kepada kami sama ada boleh buat pesanan lagi atau pun tidak. Walaupun pesanan telah pun ditutup sejak seminggu lepas, kami ada juga mengintai-intai peluang untuk “squeeze” kan a few orders here and there sehinggakan sudah tiada ruang lagi. So, sekali lagi kami ingin nyatakan di sini bahawa kami tidak akan menerima sebarang pesanan lagi. Buat masa sekarang kami hanya menumpukan kepada pengedaran kuih-kuih raya kami kepada anda semua.

Setakat hari ini, kami telah pun menyelesaikan 63% daripada pesanan-pesanan yang kami terima untuk Aidilfitri 2008 ini. InsyaAllah kami akan habiskan urusan kuih raya ini selewat-lewatnya hari Khamis 25 September 2008.

Based on trend pesanan kuih raya pada tahun ini, kami amat bersyukur kerana beberapa kuih raya baru yang kami perkenalkan, iaitu Strawberry Shortbread, Biskut Arab, dan White Chocolate Van Houten telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ramai yang membuat repeat order setelah merasai keenakan kuih raya tersebut.

Kami telah membuat beberapa kesimpulan. Di antaranya ialah… tidak ramai yang memesan kuih raya yang dianggap “biasa” kepada mereka seperti London Almond, Kuih Samprit, Tart Nenas, Biskut Arab.. tetapi apabila mereka telah berkesempatan merasai keenakan kuih-kuih kami ini, begitu ramai yang membuat repeat order.

Sebagai contoh… Kuih Samprit kami. Pesanan untuk kuih samprit kami pada tahun ini telah meningkat hingga hampir 300% berbanding tahun lepas. “Word of mouth” spreads really fast, especially from the mouth that have tasted our Kuih Samprit! πŸ™‚

Kami menjangkakan insyaAllah pada tahun depan Biskut Arab kami akan turut mengikuti jejak Kuih Samprit, berdasarkan trend pesanan di hari-hari terakhir tempoh pesanan lalu.

Terima kasih kepada anda semua yang telah memberikan sokongan kepada kami.

Mulai sekarang, kami akan sentiasa meng”update” blog ini dengan berita-berita terkini status pengedaran kami, serta cerita-cerita menarik yang kami dengar daripada mereka yang telah memesan kuih raya kami.

πŸ˜‰

p/s: Bagi mereka yang baru sahaja melawat blog ini, sila klik pada Kuih Raya Full Catalog untuk melihat kuih-kuih raya kami. TQ,

PESANAN DITUTUP, Delivery Update

Waktu sekarang 2.27AM, 13 September 2008. Kini diisytiharkan bahawa tempahan Kuih Raya Kelana Jaya untuk musim Aidilfitri 2008 telahpun ditutup.

Alhamdulillah, tempahan pada tahun ini amat memberangsangkan sekali. Begitu juga performance agen-agen kami. Kerja menjadi begitu mudah, tak payah nak dipujuk supaya membeli. Based on repeat orders from last year’s customers sahaja telah menjadi selling point yang amat kuat yang menjadikan jualan kuih raya pada tahun ini, khususnya bagi agen-agen kami telah berlipat kali ganda. Tahniah kepada anda semua!

Delivery Update: Setakat tarikh tutup penamat ini, sebanyak 35% daripada keseluruhan tempahan telahpun kami tunaikan dan telah pun sampai ke pelanggan-pelanggan kami. Bagi yang memesan melalui agen, anda akan mula dapatkan kuih raya anda mulai Isnin ini.

Kami masih lagi sedang mengumpulkan pesanan-pesanan kuih raya terkini dan hanya akan menyenaraikan TOP 7 Kuih Raya kami untuk musim Aidilfitri 2008 ini dalam masa beberapa hari.

Kepada mereka yang telah memesan kuih raya daripada kami, kami ucapkan jutaan terima kasih! Semoga anda akan puas hati dengan kuih raya kami nanti.

πŸ™‚

Phase 3 dibuka dengan beberapa syarat; Top 7 Best-sellers

Salam Ramadhan sekali lagi…

Phase 2 telah pun tutup semalam. Alhamdulillah… Phase 3 kini dibuka sehingga tarikh tutup penamat 12 September 2008. Ada beberapa syarat untuk mereka yang meng”order” dalam Phase 3 ini.

Syarat-syaratnya:

1. Kuih-kuih berikut tidak lagi dijual dalam Phase 3: Tart Nenas Gulung, Tart Nenas Gunting, Chocolate Shortbread, Kuih Samprit, dan London Almond.

2. Kuih-kuih berikut hanya akan dibuka untuk pesanan sehingga 10 September sahaja: Mama Carries, Ginger Oats, Coffee Rings.

3. Kuih-kuih lain masih lagi boleh dipesan sehingga 12 September 2008.

4. Kepada mereka yang memesan melalui agen-agen kami, anda masih lagi boleh memesan mengikut syarat2 di atas sehingga tarikh tutup 12 September 2008.

5. Kepada mereka yang memesan terus daripada kami, kami hanya akan melayan pesanan anda jika:

  • Anda sanggup mengambil sendiri kuih-kuih anda nanti daripada tempat kami di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada penghujung minggu ke-3 puasa.
  • Anda membayar secara penuh ke dalam akaun bank kami dalam masa 24 jam selepas membuat pesanan. (Sila hubungi Ja di 012-3159254 for bank acount details)

Berikut adalah senarai ranking kuih-kuih raya yang paling banyak dipesan sehingga tarikh tutup Phase 2 semalam:

Denmark Cookies - Pesanan masih dibuka!

#1: Denmark Cookies - Pesanan masih dibuka!

Mama Carries - Pesanan ditutup 10 September 2008

#2: Mama Carries - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

Ginger Oats - Pesanan ditutup 10 Sept 2008

#3: Ginger Oats - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

Coffee Rings - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

#4: Coffee Rings - Pesanan akan ditutup 10 Sept 2008

Kuih Samprit - Pesanan DITUTUP

#5: Kuih Samprit - Pesanan DITUTUP

Strawberry Shortbread - Pesanan masih dibuka!

#6: Strawberry Shortbread - Pesanan masih dibuka!

White Chocolate Van Houten - Pesanan masih dibuka!

#7: White Chocolate Van Houten - Pesanan masih dibuka!

Sila rujuk pada Kuih Raya Full Catalog untuk senarai penuh kuih-kuih raya kami berserta harganya.

Buat masa sekarang, kami sedang sibuk mengagih-agihkan kuih-kuih raya yang dipesan dalam Phase 1 untuk diedar kepada anda yang telah memesannya. InsyaAllah pengedaran kuih-kuih raya Phase 1 akan dimulakan pertengahan minggu ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua! πŸ™‚

Tempahan melebihi kapasiti!

Salam Ramadhan semua…

Sambutan terhadap kuih raya kami amat memberangsangkan, malah it is waay beyond our own expectations. Alhamdulillah… memandangkan trend sambutan yang begitu mendadak, kemungkinan ada beberapa kuih raya yang terpaksa kami hadkan penjualannya menjelang Phase 3 nanti.

Kami akan meneliti semua order yang masuk sehingga 7 September ini untuk menetapkan kuih-kuih yang mana tidak akan dijual dalam Phase 3.

Alhamdulillah, hampir kesemua mereka yang mengorder last minute tahun lepas telah pun memesan kuih mereka awal tahun ini untuk memastikan kuih-kuih kegemaran mereka akan berada di atas meja sempena Aidilfitri 2008 nanti.

Kepada anda yang baru sahaja bersama kami, klik pada Kuih Raya Full Catalog untuk melihat senarai kuih kami berserta harganya. πŸ™‚

Phase 1 tutup; Phase 2 buka… Salam Ramadhan!

Salam Ramadhan untuk semua yang mengunjungi blog ini dan kepada mereka yang telah menempah kuih raya masing-masing.

Seperti yang dipaparkan dalam blog entry sebelum ini, tempahan kuih raya boleh dibuat mengikut phase yang telah ditetapkan. Buat masa ini tempahan untuk Phase 1 telah ditutup dan tempahan untuk Phase 2 telah pun dibuka dan akan tutup pada 7 September nanti.

Kami amat berterima kasih kepada anda semua kerana berkat sokongan anda, jumlah tempahan yang kami terima bagi Phase 1 sahaja telah melebihi jumlah jualan keseluruhan kami pada tahun lepas. Terima kasih sekali lagi! Insya-Allah, kami akan menyiapkan pesanan anda semua pada mulai minggu ke-2 puasa, iaitu selepas 7 September nanti.

Berdasarkan jumlah tempahan yang kami terima, berikut adalah TOP 7 kuih raya bagi Phase 1: (ranking adalah berdasarkan peratusan tempahan setiap kuih berbanding jumlah keseluruhan tempahan)

Denmark Cookies - 25.17%

#1: Denmark Cookies - 25.17%

Mama Carries - 17.87%

#2: Mama Carries - 17.87%

Coffee Rings - 9.28%

#3: Coffee Rings - 9.28%

Ginger Oats - 9.18%

#4: Ginger Oats - 9.18%

Kuih Samprit - 5.78%

#5: Kuih Samprit - 5.78%

White Chocolate Van Houten - 4.24%

#6: White Chocolate Van Houten - 4.24%

Strawberry Shortbread - 4.05%

#7: Strawberry Shortbread - 4.05%

Chocolate Shortbread - RM24.00

#7: Chocolate Shortbread - 4.05%

8 jenis kuih yang menghuni carta Top 7 setakat pesanan yang kami terima bagi Phase 1. Kebanyakan pesanan adalah dari mereka yang pernah merasa kuih-kuih kami dan pernah memesan pada tahun-tahun lepas. Terima kasih kerana keyakinan anda semua dengan rasa kuih raya kami kerana 2 kuih raya terbaru kami, iaitu White Chocolate Van Houten dan Strawberry Shortbread turut termasuk dalam carta Top 7 kami buat masa ini.

Tempahan masih dibuka untuk Phase 2 sehingga 7 September 2008. Phase 3 akan bermula selepas itu sehingga tarikh tutup penamat, iaitu pada 12 September 2008.

Sila rujuk Kuih Raya Full Catalog untuk melihat senarai penuh kuih raya kami berserta dengan harganya.

« Older entries